Perempuan dari Masa Lalu
Harga
RM22.00

Perempuan dari Masa Lalu | Wafa Awla

Rindu yang tak terjawab—*Perempuan dari Masa Lalu* mengajar melepaskan tanpa melupakan, membalut luka, menyemai harapan, dan merayakan hari ini serta esok.

Meninggalkan rumahmu, setelah tak berjawab salamku di muka pintu. Tapi rinduku masih di situ, mengetuk bertalu-talu. Perempuan dari Masa Lalu membuka ruang kepada kita untuk mengenal apa itu kesunyian, dan memahami perasaan yang wujud dalam setiap pertemuan dan perpisahan. Ia mengajar kita cara untuk melepaskan kenangan dan ingatan masa lalu — tanpa perlu melupakan. Ia juga membuatkan kita untuk menanam harapan dan menyiram rindu. Naskhah ini, yang mengandungi 34 puisi dan catatan, akan mengajak kita untuk meluahkan segalanya, tetapi dalam masa yang sama merahsiakan. Ia akan memperkenalkan kita dengan bermacam golak perasaan. Selamat menikmati naskhah ini, dan selamat berkenalan dengan perempuan dari masa lalu. Usah risau, dia tidak akan pernah mendedahkan dosa-dosa anda, walau dia tahu semuanya. Dia cuma mahu membebat luka dan kecewa, selain memujuk untuk anda menikmati hari ini dan esok, sepenuh-penuhnya.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang

ZF Zamir

RM 20.00