Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang
Harga
RM20.00

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang | ZF Zamir

Perjalanan ZF Zamir yang menyentuh hati — catatan jiwa tentang cinta, kemanusiaan dan identiti yang hilang.

Orang ingat, mereka boleh miliki cinta. Mereka salah. Cinta bukan untuk dimiliki tetapi untuk diperjuangkan. Tak semua perjalanan yang boleh kita rakam. Ada perjalanan yang perlu kita nikmati saja, dan selebihnya kita simpan. Sebahagian besar biasanya di dalam hati. Kerana hati ialah objek yang boleh dibuang dilambung disepak terajang dihiris ditoreh dan disiat-siat. Tetapi ia kekal hidup. Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang menampilkan beberapa catatan hati paling dalam ZF Zamir dalam perjalanannya — bas dan tren, cangkir kopi, kucing di masjid, barang vintaj dan antik — dirakam dengan makna dan rasa yang baharu. Anda pasti akan tenggelam di dalam emosi yang paling dalam. Percayalah, setiap malam yang panjang, pasti akan ada hujan dan angin yang datang memeluk dan memujuk kita.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka