Soalan Lazim

Bagaimana JT Books berfungsi

Jawapan untuk soalan paling kerap ditanya — pembelian, penghantaran, mata ganjaran, rujuk rakan, hadiah, dan lebih.

Lompat ke topik

Pembelian & Pembayaran

Bagaimana cara membuat pesanan di JT Books?

Pilih buku yang anda inginkan, tambah ke troli, kemudian klik butang pembayaran. Ikuti langkah checkout dan pilih kaedah pembayaran yang sesuai. Anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan setelah transaksi berjaya.

Adakah saya perlu mendaftar akaun untuk membeli?

Tidak wajib — boleh beli sebagai tetamu. Tapi kalau anda daftar JT Bookmates, anda boleh kumpul mata ganjaran, tebus kupon, save alamat, dan banyak lagi kelebihan.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

Visa, Mastercard, Touch'n Go eWallet, GrabPay, ShopeePay, Atome (BNPL — bayar 3 kali tanpa faedah), dan FPX (semua bank Malaysia).

Adakah terdapat kod promosi atau diskaun untuk ahli baharu?

Ya. Pendaftaran baharu dapat diskaun RM5 untuk pembelian pertama serta mata ganjaran permulaan.

Penghantaran

Berapa lama masa penghantaran ke seluruh Malaysia?

Pesanan diterima sebelum 2 petang akan diproses pada hari sama. Anggaran: Semenanjung Malaysia — 3 hari bekerja; Sabah & Sarawak — 5 hari bekerja. Kami guna Ninja Van untuk semua penghantaran dalam Malaysia.

Adakah JT Books menghantar ke Sabah, Sarawak dan luar negara?

Ya, kami menghantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk antarabangsa, pernah hantar ke Singapura menggunakan LineClear. Untuk pertanyaan, WhatsApp kami di 011-29062609.

Berapakah caj penghantaran? Adakah ada penghantaran percuma?

Semenanjung Malaysia — RM9; Sabah & Sarawak — RM15. Penghantaran percuma untuk pembelian minimum RM250. Ahli tahap VIP dan Elite juga dapat penghantaran percuma 1–2 kali sebulan.

Produk & Stok

Apakah jenis buku yang dijual di JT Books?

Kebanyakan adalah terbitan kami sendiri — buku ilmu (Jejak Tarbiah), novel (Jiwa), buku bisnes/usahawan (JTX) dan komik. Akan datang juga penerbit tempatan dan luar negara.

Adakah buku yang dijual baharu atau terpakai?

Buku baharu sahaja. Semua buku adalah terbitan baharu dan tidak terpakai.

Bolehkah saya tempah buku yang tidak ada dalam stok?

Buat masa ini, buku yang kehabisan stok perlu menunggu restok. Hubungi kami melalui WhatsApp di 011-29062609 untuk status restok terkini.

Pemulangan & Aduan

Apakah polisi pemulangan atau pertukaran barang?

Kami menerima pemulangan dalam 7 hari dari tarikh penerimaan, jika buku masih dalam keadaan baik. WhatsApp kami di 011-29062609 dan kami sediakan AWB (label penghantaran) — print, drop off di Ninja Van. Kos return ditanggung JT Books. Refund diproses dalam 3 hari bekerja ke akaun asal.

Apa yang perlu saya buat jika buku diterima rosak atau tidak betul?

WhatsApp kami di 011-29062609 dengan foto buku yang diterima. Kami akan siasat — jika terbukti dari pihak kami, akan hantar semula yang betul atau refund dalam 3 hari bekerja.

Mata Ganjaran

Macam mana saya boleh dapat mata?
  • Setiap RM1 pembelian = +1⭐
  • Setiap ulasan diluluskan = +10⭐
  • Rakan daftar guna link rujukan anda = +10⭐
  • Setiap pembelian via link rujukan anda (registered atau guest) = +10⭐
  • Hadiahkan buku kepada rakan = +(harga buku)⭐ (cth: hadiahkan RM30 = +30⭐)
  • Share wishlist ke media sosial = +2⭐
  • Hadiah harijadi (sekali setahun) = kupon ikut tahap (RM5/7/10)
Bila mata akan masuk dalam akaun saya?

Mata pembelian masuk selepas pesanan disahkan (bukan masa add-to-cart). Mata ulasan masuk selepas admin lulus ulasan. Mata affiliate masuk selepas rakan complete pembelian atau pendaftaran.

Macam mana saya tukar mata jadi kupon?

Setiap 100 mata = kupon RM3. Pergi ke Akaun > Mata & Rujukan, klik 'Tebus Kupon'. Kupon akan masuk dalam tab Kupon & Hadiah anda.

Adakah mata ada tarikh luput?

Mata akan luput selepas 12 bulan tidak aktif (tiada pembelian atau aktiviti). Anda akan dapat reminder 30 hari sebelum mata luput.

Tahap Keahlian (Member / VIP / Elite)

Apa beza tahap Member, VIP, dan Elite?

MEMBER · 0 – 200 pts
Birthday RM5 kupon · 100 pts = RM3 kupon · 1 affiliate = +10 pts

VIP · 201 – 500 pts
Semua Member + Birthday RM7 kupon · Penghantaran percuma 1x/bulan · Akses awal buku baharu

ELITE · 501+ pts
Semua VIP + Birthday RM10 kupon · Penghantaran percuma 2x/bulan · Akses eksklusif acara JT · Projek Menulis bersama JT · Bonus 2x untuk semua ganjaran affiliate

Adakah saya akan turun tahap jika tidak aktif?

Ya. Tahap dikira berdasarkan mata yang aktif. Jika mata turun di bawah threshold tahap, anda akan kembali ke tahap sebelumnya pada bulan berikutnya.

Macam mana cara naik tahap dengan cepat?

Cara paling pantas: (1) Tulis ulasan untuk buku yang dah dibaca, (2) Share link rujukan ke kawan — setiap pembelian = +10⭐, (3) Hadiahkan buku kepada rakan = mata sama dengan harga buku.

Rujuk Rakan (Affiliate)

Apa itu link rujukan?

Setiap Bookmate dapat 2 kod rujukan: satu dari nama samaran (cth: SYAHIRAH26) dan satu dari ID anonim (cth: JTBM-002847). Bila rakan klik link anda dan beli buku, anda dapat mata.

Beza kod nama samaran vs ID anonim?

Kod nama samaran lebih personal (sesuai untuk content creator / influencer). Kod ID anonim untuk yang segan guna nama. Kedua-dua valid dan mata masuk ke akaun sama.

Macam mana sistem affiliate berfungsi?

Setiap kali anda share buku dari mana-mana page produk JT Books, link otomatik pakai kod rujukan anda. Bila rakan klik link — sistem simpan tracking 30 hari. Jika rakan daftar baru, anda dapat +10⭐ (one-time). Jika rakan beli (registered atau guest), anda dapat +10⭐ per pembelian, walaupun rakan beli buku lain (bukan yang anda share). Macam sistem affiliate Shopee.

Berapa lama tempoh tracking?

30 hari dari first click. Tempoh refresh setiap kali rakan klik link anda semula.

Boleh tak saya klik link sendiri untuk dapat mata?

Tidak boleh. Sistem akan auto-detect (berdasarkan akaun dan IP). Tujuan affiliate adalah untuk galak share dengan orang lain.

Apa berlaku kalau rakan klik 2 affiliate berbeza?

Last-click attribution — affiliate yang dia klik paling akhir sebelum beli yang dapat credit. Industry standard untuk sistem affiliate.

Kalau saya tahap Elite, betul ke dapat bonus 2x?

Ya. Pada tahap Elite (501+ pts), semua ganjaran affiliate berganda. Rakan daftar = +20⭐, setiap pembelian via link = +20⭐.

Kupon & Voucher

Macam mana cara tebus kupon?

Bila checkout, ada field 'Kod Voucher' — masukkan kod kupon anda. Boleh juga klik 'Tebus' terus dari Akaun > Kupon & Hadiah > Kupon Aktif.

Berapa lama kupon sah?

Kupon biasa sah 30 hingga 60 hari dari tarikh terima. Tarikh luput ditunjukkan pada setiap kupon. Kupon hadiah (dari rakan) sah 7 hari sahaja.

Boleh tak guna lebih dari 1 kupon dalam 1 checkout?

Tidak. Setiap checkout hanya boleh guna 1 kupon. Pilih kupon dengan nilai tertinggi.

Apa beza kupon, voucher, dan kupon hadiah?

Kupon = potongan harga (cth: RM5 OFF). Voucher = kod promosi (kadang-kadang dengan syarat minimum). Kupon hadiah = kupon khas dari rakan yang hadiahkan buku — boleh dapatkan buku percuma termasuk shipping (tergantung pilihan pemberi).

Hadiah Buku

Macam mana cara hadiahkan buku kepada rakan?

Pergi ke profil rakan atau wishlist mereka di TBR Loop, klik butang 'Hadiahkan'. Anda bayar harga buku (+ shipping jika pilih). Sistem akan generate kupon dan hantar kepada rakan untuk dia tebus.

Bila hadiahkan, perlu saya isi alamat penerima?

Tidak perlu. Anda hanya bayar — sistem auto-generate kupon dan emelkan terus kepada penerima. Penerima isi alamat penghantaran sendiri masa redeem kupon.

Apa beza 'Tanggung kos pos sekali' vs 'Buku sahaja'?

Tanggung kos pos sekali (default): Anda bayar buku + pos. Penerima dapat FREE sepenuhnya (tiada apa-apa kos masa redeem).

Buku sahaja: Anda bayar harga buku sahaja. Penerima bayar kos pos sendiri masa redeem kupon (~RM7).

Pilih yang sesuai dengan budget anda. Kedua-dua option masih bagi anda mata ganjaran sama (harga buku).

Kalau rakan tak tebus kupon hadiah dalam 7 hari, apa berlaku?

Anda akan dimaklumkan (via emel + WhatsApp). Boleh pilih: (1) sambung tempoh 7 hari lagi, atau (2) refund penuh.

Boleh saya hadiahkan tanpa rakan tahu siapa pemberi?

Boleh. Masa hadiahkan, pilih 'Rahsia' — rakan akan nampak: 'Seseorang menghadiahkan ini untukmu ✨'. Atau pilih 'Tunjuk nama saya' untuk dedah identiti.

Adakah saya dapat mata kalau hadiahkan buku?

Ya! Anda dapat mata sama dengan harga buku (cth: hadiahkan buku RM30 = +30⭐). Tahap Elite dapat bonus 2x.

Akaun & Teknikal

Beza Nama Penuh dan Nama Samaran?

Nama Penuh adalah identiti sebenar anda — strictly private, hanya untuk pembelian, resit, dan penghantaran. Nama Samaran adalah nama publik yang ditunjukkan di TBR Loop, ulasan, komen, dan profile awam.

Boleh saya tukar username (@handle) selepas daftar?

Boleh tukar di tab Profil Saya. Tapi setiap tukar akan reset URL profile awam anda — link lama akan tidak berfungsi.

Bagaimana cara menyemak status pesanan saya?

Nombor tracking akan dijana secara automatik apabila pesanan diproses. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel. Atau log masuk ke akaun > Sejarah Pesanan untuk semak status terkini.

Saya lupa kata laluan. Bagaimana untuk reset?

Klik butang "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, WhatsApp kami di 011-29062609.

Macam mana padam akaun?

Pergi ke Akaun & Alamat, scroll ke bawah, klik 'Padam Akaun'. Anda perlu confirm dengan kata laluan. Selepas padam, data akan dipadam dalam 30 hari (untuk recovery jika silap).

Bagaimana cara menghubungi JT Books untuk pertanyaan lanjut?

WhatsApp kami di 011-29062609 atau emel ke sales@jtpublishing.my. Waktu operasi: 9 Pagi hingga 7 Malam setiap hari.

Soalan anda tiada di sini?

Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel — kami akan respond dalam 24 jam.