Membuktikan bahawa membaca bukan sekadar hobi — ia ubah hidup, bangsa dan masa depan kita semua!
Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca. Buku ini merupakan kompilasi penulisan pencinta buku yang mengungkapkan perjalanan peribadi sebagai pembaca buku sejak masa kecil sehingga mempengaruhi hidup sehingga kini. Mereka membuktikan bahawa besar atau kecil manusia bukan kerana pangkat dan harta, tapi pada nilai keilmuan yang terhasil daripada asas membaca.