Warisnya Kalbu
Harga
RM29.00

Warisnya Kalbu | Sri Rahayu

Dua naskhah, dua zaman, satu ikatan pantun — kisah cinta merentas budaya yang memukau dan mengharukan.

"Kain destar kuning cempaka, Dihias tebal bunga sulaman; Hidup bersandar adat pusaka, Adat kekal diuji zaman." Hassan Basri — si jejaka Melayu, menemui sebuah buku usang berjudul JURNAL milik datuknya yang mengandungi catatan harian Tun Cempaka. Buku itu merakam detik Tun Hassan Perwira mengajar pantun Melayu kepada seorang wanita Inggeris bernama Katherine yang akhirnya menaruh perasaan pada gurunya. Khadija — si gadis berdarah campuran, mewarisi buku nendanya, Katherine berjudul TERJEMAHAN yang mengandungi pantun-pantun Melayu dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua naskhah itu merupakan benang takdir yang terputus ketika Perang Bendahara Pahang, sebelum bertaut semula saat Hassan Basri dan Khadija berganding tenaga demi memenangi sayembara pantun. Sebuah naskhah yang akan membuat kita jatuh cinta kepada pantun dan menghargai seni warisan Melayu.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Inspirasi Za'ba

Inspirasi Za'ba

Revolusi Tanpa Budi Tidak Pernah Menang

RM 29.00