Penulis yang Disayangi Tuhan
Harga
RM28.00

Penulis yang Disayangi Tuhan | Baharuddin Bekri

Dari puncak kejayaan ke lembah kemiskinan — novel tentang semangat menulis yang tidak pernah padam.

Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi — seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitannya gulung tikar! Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut kesusahan ini, lalu dia meminta bantuan Johari Salim, seorang penulis legenda. Namun hendak mendapatkan semula semangat menulis bukannya mudah. Johari Salim menetapkan syarat pada Usamah untuk bertemu dengan lima bekas penulis hebat bagi mengetahui rahsia mereka. Dalam masa yang sama, jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit, memerlukan bantuannya daripada terus menjadi mangsa peras ugut. Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya? Apa rahsia yang dikongsikan lima penulis tersebut? Dan bagaimana pula nasib jiran warga Indonesianya itu?

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Yang Paling Patah Antara Kita Extended (Limited + Hard Cover)

Yang Paling Patah Antara Kita Extended (Limited + Hard Cover)

Ainul Farihah

RM 69.00