Seluang Menodak Baung
Harga
RM35.00

Seluang Menodak Baung | Shahnon Ahmad

Seluang menentang baung — Shahnon Ahmad menjerit bagi mereka yang tidak mampu bersuara menentang kezaliman.

"Kita dah lama bersopan santun." "Tok nenek kita dulu pun bersopan santun sampai tergadai semua tanah kepada orang lain. Dan kita semua jadi peminta sedekah di tanah air kita sendiri." Sekian lama meneroka hutan dan menyembah perdu getah di tanah orang, Salam serta seluruh penduduk Kampung Terenas masih hidup melarat. Suman — seorang anak desa yang ramah, tiba-tiba menjadi pemuda berapi-api melawan penindasan dan ketidakadilan dengan semangat yang menggetarkan. Fatah — setelah menyaksikan jurang kemiskinan di kota, tidak mampu berdiam diri lagi. Kepulangan Fatah ke Terenas kali ini menghimpunkan suara warga kampung untuk berjuang menghadapi kemiskinan yang bermaharajalela. Seluang Menodak Baung menyimpulkan, betapa kezaliman, walau dari segenap arah sekalipun tidak patut dibiarkan. Kegelisahan rakyat tani di Kedah pada tahun 70-an diangkat dalam karya ini oleh Sasterawan Negara — Shahnon Ahmad. Hanya mata pena Shahnon yang mampu menjerit, memanggil dan meminta pertolongan bagi mengubah nasib masyarakat desa yang tidak mampu bersuara.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Leaving Microsoft to Change the World

Leaving Microsoft to Change the World

Jejak Tarbiah

RM 35.00
Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang

ZF Zamir

RM 20.00