Ranjau Sepanjang Jalan
Harga
RM29.00

Ranjau Sepanjang Jalan | Shahnon Ahmad

Lahuma dan Jeha berjuang untuk padi, untuk hidup — novel klasik yang memahat jiwa petani yang tabah.

Padi ialah nadi hidup keluarga Lahuma, Jeha dan seluruh penduduk Kampung Banggul Derdap. Kemarau, banjir dan haiwan perosak dihadapi dengan penuh ketabahan dan pergantungan kepada Allah Azzawajalla. Memperjuangkan padi bererti memperjuangkan hidup. Inilah kepercayaan yang dipegang teguh oleh Lahuma, kemudiannya diwarisi Jeha serta anak-anak mereka: Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Tatkala Lahuma tertusuk onak nibung, Jeha bangkit menajak sawah 14 relung pusaka keluarga. Saat Jeha mula hilang pertimbangan, Sanah dan adik-beradik tabah menyemai, menghalau ketam dan tiak, memotong serta mengetam padi hingga tersimpan di gebuk. Tiada sedikit pun keluhan yang terluah, melainkan peluh yang tidak putus-putus mencurah. Ranjau Sepanjang Jalan membawa kita menyorot kecekalan anak tani menempuhi kegetiran hidup dalam berbudi kepada tanah, dengan jiwa yang pantang menyerah.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Perempuan yang Mewariskan Huruf dan Hikmah

Perempuan yang Mewariskan Huruf dan Hikmah

Dr Saadah Khair & Aniza Azeri

RM 49.00