Rentong
Harga
RM29.00

Rentong | Shahnon Ahmad

Semaun berjuang membersihkan nama baik keluarganya — novel sulung Shahnon Ahmad yang penuh dendam dan keadilan.

"Selama ini sudah berapa kali orang di sini menolong kita?" "Sekerat beras pun aku tak pernah merasai pertolongan mereka. Yang mereka tahu hanya mengecam aku. Aku buas. Aku harimau kampung. Aku iblis. Semua suka melihat kita berpindah dari sini." Dipulaukan, disalah erti dan dipandang hina — itulah pandangan orang Kampung Banggul Derdap terhadap Pak Kasa yang melarat hingga kepada anaknya, Semaun. Apabila lembu bunting Dogol dibaham harimau, inilah peluang yang digunakan olehnya untuk mencoreng arang di muka keluarga arwah Pak Kasa. Maka, tersebarlah khabar bahawa Semaunlah yang menakik keting lembu dan menjual daging bangkai yang hakikatnya menjadi santapan pak belang. Berhasilkah usaha Semaun membersihkan nama baik keluarganya? Atau akan rentungkah segalanya dijilat api dendam Dogol? Nantikan kesudahannya dalam novel sulung karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1965.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Yang Paling Patah Antara Kita Extended (Limited + Hard Cover)

Yang Paling Patah Antara Kita Extended (Limited + Hard Cover)

Ainul Farihah

RM 69.00