Pingit, Gadisku Wan Adnin
Harga
RM45.00

Pingit, Gadisku Wan Adnin | Noor Suraya

Wan Adnin terkurung adat, Akhtar terpaut hati — kisah cinta dan kebebasan yang mendebarkan hati pembaca.

Jika mahar untuk memiliki si pingit semerah delima itu adalah nasab berjalur emas, apa pula harga untuk memiliki kebebasan untuk diri sendiri? Tok Bonda — Wanita beradat lagi mahir bertekat yang memelihara Adnin sedari bayi. Ketegasannya dalam memilih darjat menantu adalah bukti kasihnya kepada cucu, meski terpaksa menoreh hati kecil Adnin sedalam-dalamnya. Wan Adnin — umpama Rapunzel di teratak Tok Bonda. Jiwa dan budinya yang halus membuatkan dia tidak tergamak mengkhianati Tok Bonda yang menggantikan tempat ibu bapa di dalam hidupnya. Namun di sebalik lembut suara dan tunduk matanya, bergelora rasa yang tidak terucap. Akhtar — Wasiat adalah sekadar alasan untuk mendapatkan si gadis pingitan. Mana mungkin asbabnya lain lagi, melainkan hatinya sudah terpaut ikhlas pada Wan Adnin seorang? Pingit, Gadisku Wan Adnin adalah sebuah kisah seorang dara dalam kurungan adat. Antara jasa dengan rasa; hormat dengan hasrat; apakah Adnin akan terus dihambat darjat, meski hatinya sudah Akhtar tambat?

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Advencer Si Peniup Ney

Advencer Si Peniup Ney

Faisal Tehrani [Edisi 2025]

RM 32.00