Mengejar Taming Sari
Harga
RM49.00

Mengejar Taming Sari | Rozanna

Nasrah mempertaruhkan nyawa suami untuk Taming Sari — hikayat wanita pejuang di Melaka zaman penjajahan.

Melaka, tahun 1551. Kota yang pernah menjadi nadi dunia kini bernafas dalam cengkaman Peringgi. Di tengah riuh pasar, dentangan genta dan kesuk-kesik di pelabuhan, seorang gadis Pahang bernama Nasrah hadir bersama bakat menekat yang halus dan kerinduan pada suami yang tidak tertanggungkan. Pada setiap helaian benang yang disulam, terbongkar cetera dan pertemuan yang beragam. Nasrah terbelit oleh janji sang petinggi licik untuk menemukan keris Taming Sari dengan nyawa suami sebagai galang ganti. Bersama harapan agar mereka menyatu kembali, dia terpaksa mempertaruhkan segalanya — walau terpaksa bersekongkol dengan penjajah di negeri nan bersejarah. Dalam kota penuh tipu daya, Nasrah berhadapan dengan pakatan rahsia, kehilangan perit dan kebenaran yang menggoncang keamanan wangsa. Apakah masih ada peluang untuk dirinya mengecap bahagia, setelah semua janji dan amanat telah terlaksana? Mengejar Taming Sari ialah hikayat tentang semangat perjuangan yang tetap menyala dan wanita yang menenun semula maruah bangsanya dengan darah serta air mata.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Berlari dari Jogja untuk Menemukan Si Dia di Cristiania

Berlari dari Jogja untuk Menemukan Si Dia di Cristiania

ZF Zamir

RM 29.00
Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang

Untuk Hujan dan Angin yang Memeluk Tiap Malam yang Panjang

ZF Zamir

RM 20.00
Advencer Si Peniup Ney

Advencer Si Peniup Ney

Faisal Tehrani [Edisi 2025]

RM 32.00