Kertas-kertas yang Merubah Fikir
Harga
RM28.00

Kertas-kertas yang Merubah Fikir | Goodreads Malaysia

Koleksi 24 catatan penulis Goodreads Malaysia tentang keasyikan membaca dan transformasi hidup melalui buku.

"Himpunan kertas yang dijilid kemas, pada dadanya tersusun aksara yang mengusung makna." Secara tradisi, kertas berjilid inilah yang akhirnya menjadi buku dan teman akrab manusia - menghiasi rumah mereka lalu memperindah hidup yang singkat dengan amalan membaca. Di manakah keasyikannya dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah fikir? Adakah benar membaca dapat memperbaharu erti kehidupan, sama ada dari sudut emosi, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri? Begitu pada awalnya, pertanyaan-pertanyaan kecil ini akhirnya membentuk kesepakatan untuk berkongsi keasyikan membaca kepada generasi seterusnya. Datang daripada pelbagai latar belakang, mereka yang mencintai buku bertemu di forum Goodreads Malaysia lalu menurunkan pengalaman "membaca" mereka di atas kertas. Ramai dalam kalangan mereka pernah menghasilkan karya-karya yang jauh lebih besar namun, begitu gembira dapat menyumbangkan buah fikiran masing-masing untuk buku yang sederhana ini. Himpunan 24 buah catatan akan membawa pembaca ke dunia "buku" dengan cerita yang diramu dengan rempah ratus tersendiri. Di samping memperkenalkan buku-buku yang tel ah "memerangkap" rakan-rakan Goodreads Malaysia, pembaca turut dibawa ke daerah buku yang penuh dengan misteri, keasyikan dan keunikan melangkaui jangkauan fikiran. Sudah bersedia?

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web β€” kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka