Buya Hamka mengajak generasi muda bermimpi besar dan berjuang tanpa henti demi kebenaran yang hakiki.
"Belum pernah terdengar dan bertemu seseorang yang kekal namanya dalam lembaran sejarah, melainkan dia telah menempuh perjuangan kesulitan dan kepayahan jua." Ð HAMKA Kepada orang muda yang punya cita-cita menggunung, rasa juang yang membuak-buak, atau kepada kamu orang muda yang masih kabur mencari haluan, mahu ikut lari daripada sesuatu tetapi tidak tahu untuk apa — buku Dari Lembah Cita-cita ini dinukilkan oleh Buya Hamka untuk kamu renungi. Naskhah ini merakamkan sejarah dan jejak perjuangan Buya Hamka meniupkan semangat kepada generasi muda untuk siap berjuang mempertahankan kemerdekaan dengan dasar yang teguh.