Firasat
Harga
RM40.00
Pratempah

Firasat | Isa Kamari

Pertembungan iman, warisan dan kemodenan di Singapura—Firasat dan Ilham diuji antara maruah, pembangunan, cinta, dan jati diri masyarakat minoriti.

“Adakah kemajuan akan memadamkan iman, atau firasat menjadi kemudi kepulangan?” Di celah kebingitan Singapura, Firasat, seorang noja masjid sederhana, menyimpan anugerah langka. Ketajaman mata batin miliknya membuatkan hidup bukan sekadar hitungan logik, tetapi naskhah kekuasaan Tuhan. Namun, ketenangan Firasat terusik apabila anaknya, Ilham mula melihat tanah warisan di Pasir Panjang sebagai aset bernilai 15 juta dolar. Di bawah tekanan pemaju licik, Ilham terpaksa membuat pilihan. Kemunculan Hazwani, tunangan Iham merangkap wartawan cekal menambah pergolakan sedia ada apabila dia memikul rahsia perubatan MRKH dan trauma jenayah seksual. Berjayakah Firasat menunjukkan jalan kepada Ilham? Adakah Ilham akan mengekalkan jati diri atau menumbangkan sejarah demi kondominium mewah? Mampukah Ilham dan Hazwani bersatu? Naskhah ini mengkritik tajam realiti Singapura moden. Daripada isu pertembungan nilai konservatif — liberal berkaitan LGBTQ, pemansuhan Akta 377A, kebergantungan kepada sistem politik GRC, hingga kegelisahan masyarakat minoriti yang terhimpit oleh kerakusan arus urbanisasi, Firasat dihidang sebagai renungan.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Perempuan yang Mewariskan Huruf dan Hikmah

Perempuan yang Mewariskan Huruf dan Hikmah

Dr Saadah Khair & Aniza Azeri

RM 49.00
Sirah Di Sebalik Surah (Hardcover)

Sirah Di Sebalik Surah (Hardcover)

Ustaz Syaari Ab Rahman & Ustaz Fakhrul Islam

RM 75.00
Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor

Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor

HAMKA

RM 28.00