Buktikan anda bukan bangsa malas membaca! Panduan praktikal yang mengubah tabiat dan mengubah bangsa.
Kesedaran masyarakat bermula dengan kesedaran di peringkat individu. Projek Bibliofil - Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca ialah sebuah buku yang mengajak semua individu untuk memupuk amalan membaca dengan langkah-langkah yang praktikal. 'Projek' tersebut bermula dengan diri sendiri, kemudian disebarkan kebaikannya kepada masyarakat. Ayuh, apa yang kita tunggu lagi? Buktikan bahawa rakyat Malaysia adalah bangsa yang rajin membaca!