Noktah Terjahit (Edisi 2021)
Harga
RM25.00

Noktah Terjahit (Edisi 2021) | Nik Nur Madihah

Kisah refleksi jujur tentang emosi, kebebasan, dan pencarian kebenaran yang mengubah cara kita melihat hidup.

Buku ini adalah kumpulan refleksi peribadi yang terhasil selepas pengalaman demi pengalaman yang dilalui merentasi ranjau kehidupan yang masih baru. Ada yang berkait emosi, ada juga tentang kemiskinan, kebebasan, kedewasaan, pencarian kebenaran, dan tentunya berkait keperempuanan. Saya percaya setiap orang ada noktah masing-masing, tetapi tidak semua sanggup berhenti sejenak mengumpul kekuatan untuk menghubungkan noktah-noktah mereka. Saya pernah di situ, enggan dan mahu terus berlari mengejar ego sendiri. Tetapi langkah awal untuk menyambung episod-episod ini menuntut keberanian yang tinggi bagi menelan pahit kekurangan diri. Ringkas sahaja. Kerana saya berharap Noktah Terjahit menjadi pembuka kepada pembaca untuk menghubungkan noktah masing-masing. Saya hanya mahu berkongsi dengan sederhana, dan mengabadikan kesementaraan yang sebentar cuma. Ya, hidup yang sementara, seperti yang bonda saya ajarkan setelah tiada; Sesementara lukisan yang diukir di atas tanah kemudian dibasuh oleh air laut yang bergelombang, sekejap itulah realiti kehidupan dunia.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web β€” kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka