Nama Beta Sultan Alauddin
Harga
RM29.00

Nama Beta Sultan Alauddin | Faisal Tehrani

Sultan Alauddin — raja yang tidak mahu berkuasa namun paling adil, kisah Melayu Melaka yang memukau.

"Dinding emas perak lidah kita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadi raja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita." Bagi Sultan Alauddin, menduduki takhta bukanlah mercu cita-cita baginda. Sedari kecil, jawatan itu hanya mendatangkan nasib buruk sahaja hingga diancam bunuh oleh kakanda lalu tersisih daripada kehidupan masyarakat. Namun takdir Tuhan mempertemukan baginda dengan sang tua yang akhirnya membentuk Sultan Alauddin menjadi peribadi yang kaya dengan ilmu dan serba-serbi berkenaan pentadbiran negara. Sekali lagi, takdir membawanya pulang ke tampuk kepimpinan. Jawatan Sultan bukanlah dijadikan kebanggaan, melainkan untuk menegakkan keadilan semata. Meski keputusan-keputusannya sering bertingkah dengan adat dan suara majoriti, Sultan Alauddin pantang surut walau selangkah. Dengan iman sebagai pedang dan keadilan sebagai perisai, baginda melangkah membawa harapan rakyat. Nama Beta Sultan Alauddin merupakan sebuah kisah berlatarkan Kerajaan Melayu Melaka yang memaparkan kebijaksanaan dan pengorbanan seorang sultan yang menjadikan agama dan keadilan sebagai teras pemerintahannya.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Advencer Si Peniup Ney

Advencer Si Peniup Ney

Faisal Tehrani [Edisi 2025]

RM 32.00