Memoir Seorang Guru
Harga
RM45.00

Memoir Seorang Guru | Azizi Haji Abdullah

Memoir Seorang Guru — pengakuan seorang pendidik tentang penyesalan, kasih sayang dan penebusan jiwa.

"Gelisah. Serba salah. Rasa berdosa." Begitulah belitan rasa seorang bekas guru agama yang telah berbakti lebih 28 tahun di beberapa buah sekolah di pedalaman. Setiap batuk dan lenguh di usia senja seakan mengingatkan dosanya yang tidak terampun. Di sebalik gelaran pendidik, tersimpan parut-parut lama — tamparan, herdikan dan amarah yang pernah melukai anak-anak didiknya, kini menjadi bayang-bayang yang menyesakkan dada. Alias, Mudin, Sakinah dan Mohd Dhuha. Nama-nama itu kekal sebagai ingatan pahit yang tidak mampu dipadam. Namun yang lebih menggamit resah adalah Kamariah, anak tunggal yang disayanginya. Kamariah mahu menjadi guru, sama seperti dirinya dahulu. Namun bagi sang bapa, jalan itu terlalu rapuh untuk diulang. Baginya, profesi guru bukan sekadar soal mulia atau tidak. Ia tentang ketahanan jiwa — mampukah Kamariah menghadapi kerenah dan dugaan dunia pendidikan, seperti dirinya yang pernah tewas dan terjerumus dalam kehampaan? Masih adakah ruang untuknya menebus amanah, meraih keberkatan dan memaknakan kemurabbian — saat segala-galanya telah berlalu? Ditulis dengan ketajaman renungan dan gaya penceritaan yang jujur oleh Azizi Haji Abdullah, Memoir Seorang Guru adalah sebuah naskhah tentang penyesalan, kasih sayang dan perjuangan jiwa yang telah diangkat ke layar perak pada tahun 2024.

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Pesan HAMKA kepada Pendidik

Pesan HAMKA kepada Pendidik

Muhammad Shah Ahmad Nor

RM 28.00