Laga Pujangga
Harga
RM39.00

Laga Pujangga | Osman Deen

Pantun menjadi senjata, AKSARA menjadi medan — Adwa berjuang mencari kebenaran tentang ibunya yang hilang!

Dalam dunia yang mana pantun menjadi realiti, hidup Adwa dirasakan tidak lagi bererti. Bertahun yang lalu, ibunya, Teja Ratna telah menghilangkan diri sebelum berlangsungnya perlawanan terakhir Liga Laga Pujangga, gelanggang bersabung pantun. Bermula dari situ, keluarganya dikeji dan dicaci, memaksa Adwa untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi anak seni. Namun, kematian seorang sahabat memaksa Adwa mengikuti pengajian di Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA), sebuah institusi kesenian ternama yang juga alma mater ibunya untuk mencari kebenaran. Di AKSARA, kata adalah senjata. Dan kemampuan Adwa untuk meluncurkan seni kata pantun akan teruji sebelum dia peroleh jawapan kepada semua persoalan. "Hamba bertandang, membuka gelanggang!"

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka