Biru
Harga
RM40.00

Biru | Syukran Mohamad

Dua penjaga jenazah terdedah kepada rahsia gelap Alam Tanbu, berjuang membebaskan dunia roh yang tersumpah.

“Aku takut ... aku takut,” isyarat tangannya tidak tenteram. Di balik jendela, roh hitam menunggu. Terlihat kepulan asap kembang kuncup dengan biji mata bersalut darah tergantung keluar dari kelopak dengan urat menjadi tali pemegang. Lidahnya terpotong, jijik mengalirkan air hitam. Dunia Alam Tanbu, sunyinya seperti mati. Suara adalah musuh. Roh-roh tidak aman yang haus nyawa bangkit apabila mendengar bunyi. Satu bisikan cukup untuk membawa kematian. Dipa dan Mahira, dua orang penjaga jenazah. Tugas mereka mengurus mayat-mayat yang di tanah sumpahan, hidup dalam bahaya dan ikatan kesunyian. Tetapi kemudian, rahsia lama Alam Tanbu mula terbongkar. Menjejak sejarah tragedi purba yang mengurung roh-roh kejam. Membuka sejarah seorang perempuan teraniaya. Seorang Dwi. Dapatkah Dipa dan Mahira membebaskan Alam Tanbu daripada kegelapan?

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web — kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Inspirasi Za'ba

Inspirasi Za'ba

Revolusi Tanpa Budi Tidak Pernah Menang

RM 29.00