4 Bulan di Amerika Jilid 1
Harga
RM25.00

4 Bulan di Amerika Jilid 1 | HAMKA

Catatan perjalanan Hamka menelusuri Amerika Syarikat, memerhatikan agama, budaya, dan kemanusiaan di "Dunia Baru".

Hanya 4 bulan Hamka di negeri Dolar ini. Tidaklah seimbang kesempatan yang diberikan kepadanya dengan banyaknya hal-hal yang harus ditinjaunya. Hampir semua kota-kota besar yang kenamaan sudah dijalaninya. Pelbagai universiti, gereja dan taman yang indah diziarahinya. Diperhatikannya perkembangan agama satu demi satu di "Dunia Baru" itu. Sehingga tibalah saatnya beliau berjumpa sendiri dengan orang yang mendakwakan dirinya menjadi Tuhan. Dilihatnya dari dekat betapa orang memproduser filem di Hollywood dan bagaimana hakikat hidup bintang-bintang filrm itu pada umumnya. Dan sebagai salah seorang guru dari Corps Pendidikan Rohani dalam Angkatan Perang Republik Indonesia (RI}, hati Hamka pun tertarik berkunjung ke West Point, tempat pendidikan kadet-kadet militer AS. Di Muzium Nasional di Chicago tampaknya Hamka agak lama tertegun di sana, di ruang yang mempamerkan hasil budaya dan seni "Alam Minangkabau". Soal Negro yang sampai sekarang belum lagi beroleh penyelesaiannya di Amerika Syarikat itu, tidak luput dari pandangan Hamka yang dinukilkannya dalam satu bab yang khusus. Dan bila Hamka sejenak dapat bertamu pada satu keluarga dari "Dunia Baru" yang moden itu, maka berkatalah ia: "Bila saya menjadi tetamu di dalam rumah keluarga Echols, bertemulah saya bukti, bahwasanya kemanusiaan di dunia ini adalah satu dan budi baik pun satu."

Kongsi buku ini

Instagram tidak menyokong kongsi terus dari laman web β€” kami akan salin pautan untuk anda tampal di Story atau Bio.

Ulasan Pembaca

Belum ada ulasan

⭐ Kumpul 10 mata bonus setiap ulasan!

Daftar atau log masuk sebelum hantar ulasan untuk mula kumpul mata.

Tulis Ulasan Anda

Rating:

Ulasan akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Mungkin awak juga akan suka

Pengembaraan Hamka Di Malaysia

Pengembaraan Hamka Di Malaysia

Abdul Hadi Hamka & Roni Candra

RM 39.00